Tuesday 9 August 2011

PENABDIAN CINTA SEJATI


  •  Pencinta sejati sentiasa mendamba akan mati, kerana kematian itu menghampirkan dia kepada kekasihnya.
  • Zahir dan batinnya mengasihi yang dikasihi kekasihnya. Atas itu bersungguh-sungguh dia berbuat yang disuruh iaitu ‘taat’ dan meninggalkan yang dilarang iaitu ‘maksiat’. Mencintai yang dicintai dan membenci yang dibenci oleh kekasihnya dengan sungguh-sungguh hati.
  • Tiada lalai sedetik pun mengingat dan memuja akan kekasihnya
  • Asyik dengan kekasihnya hingga sering memencilkan diri duduk berseorangan terutama di tengah malam yang sunyi sepi kerana lazat bersenang-senang berzikir, membaca quran, bertahjud dan bermunajat memuja akan kekasih.
  • Tidak sekali-kali ada penyesalan baginya walau kehilangan seluruh alam maya ini, selagi setiap saatnya dapat diisi merapat sembah sujud ke bumi memuja dan memuji tunduk mentaati segala suruhan dan tegahan yang diberi oleh kakasihnya. Andai terleka sesaat hatinya kerana mengadap kepada selainnya menyesallah dia sangat-sangat, menghinakan diri dan berjanji dia tidak akan lupa lagi. Ini janji yang sebenar-benar janji.
  • Merasa sedap dan lazat dalam mengerjakan segala suruhan kekasihnya tanpa merasa terpaksa sedikit pun malahan baginya itulah nikmat yang tidak terhingga pemberian kekasih kepadanya sebagai tanda cinta.
  • Mengasihilah dia dengan sangat-sangat mengasihi terhadap orang-orang muslimin dan tersangatlah dia keras terhadap orang kafir yang memusuhi kekasihnya itu.
  • Kasih dia pada kekasihnya dengan sepenuh pengabdian dihias dengan rasa takut, pengagunggan dan sangat membesarkan serta memuliakan yang memang selayaknya bagi kekasihnya.
  • Adalah dia menyembunyikan perasaan kasihnya yang amat mendalam terhadap kekasihnya itu daripada pengetahuan orang yang bukan ahlinya iaitu orang awam kerana bimbang akan merosakkan mereka dan sebagai menghargai rahsia yang amat besar iaitu perasaan kasih (makam muhibbah) yang hanya diberi oleh ALLAH kepada manusia pilihannya.
  • Yang terakhir, asyik hati hanya pada kekasihnya dan redhalah dia diatas segala ketetapan kekasihnya.

Sahabatku sekalian jika tiada tanda pada diri kita seperti diatas maka dustalah kisah kasih kita, biarpun terzahir keramat ataupun perkara mencarik adat, itu bukanlah buktinya.



1 comment:

  1. Интим- госпожа Нижнего Новгорода проститутки PrivatNNover Asyik dengan kekasihnya hingga sering memencilkan diri duduk berseorangan terutama di tengah malam yang sunyi sepi kerana lazat bersenang-senang berzikir, membaca quran, bertahjud dan bermunajat memuja akan kekasih.
    Проститутки нижний новгород сормовский район. Обворожительная девушка поможет вам расслабиться и получить удовольствие в безудержном сексе. Дайте волю своим фантазиям и желаниям. Истинная личность не должна быть созвучной бунтарству, она созвучна покою.

    ReplyDelete


ShoutMix chat widget