Monday 27 June 2011

ADAB BERSAHABAT

  • Bersahabat kerana mencari keredhaan Allah.
  • Bersahabat dengan orang yang kita dapat belajar dengannya ataupun yang dapat terima pengajaran kita. Jika bukan atas tujuan ini maka tidak perlu bersahabat dengan seseorang.
  • Bersahabat dengan orang yang berakal yakni orang yang beribadat kerana ingat akan saat matinya. Bersahabat dengan orang yang apabila kita ditimpa bencana ia akan cuba sedaya usaha untuk membantu kita.
  • Bersahabat dengan sahabat yang akan bersegera membantu kita bila kita memerlukan pertolongan.
  • Bersahabat dengan sahabat yang akan membantu memberikan pandangan bila tahu kita mempunyai perancangan.
  • Bersahabat dengan sahabat yang membenarkan kata-katamu, jika kamu tersalah ia akan menegur disaat kamu duduk berdua bukan dikhayalak ramai.
  • Bersahabat dengam sahabat apabila ia melihat aibmu segera dia berusaha untuk menutupnya dari pengetahuan orang lain.
  •  Bersahabat dengan sahabat jika kamu malu untuk meminta sesuatu daripadanya dia akan bertanyakan kesusahanmu itu. 
  •  Bersahabat dengan sahabat yang jika kamu berselisih faham dengannya dia akan mengalah demi memelihara persahabatan itu.

HAK SEORANG SAHABAT
  •           Menolong dengan harta bagi memenuhi keperluan sahabatnya :-

i)        Martabat bawah – Menolong seperti mana dia menolong hamba yang menjadi miliknya.
ii)      Martabat Pertengahan – Menolong sepertimana dia menolong dirinya sendiri.
iii)    Martabat Siddiqin – Menolong lebih daripada menolong diri sendiri

  •         Menolong dengan sekuat tenaga bagi memenuhi keperluan sahabatnya. Ianya juga terbahagi kepada martabat seperti mana di atas.
  •        Menolong dengan lidah yakni memuji segala kebajikan sahabat itu dan berterus terang tentang kita menyayanginya.
  •     Tidak pernah membuka aib sahabat seolah-olah kita tidak tahu ada keburukan pada dirinya. Tidak menyebutnya dengan lidah mahupun hati. 
  •          Memberi nasihat tatkala hanya duduk berdua bagi mengelakkan hatinya terluka. Tetapi jika dirasakan lebih baik diam untuk memelihara persahabatan maka adalah lebih baik diam.
  •           Menimpan rahsia sahabat dan sekali-kali tidak membukanya.
  •     Memaafkan kesalahan sahabat dan sedia menanggung segala keperitan perbuatannya tanpa rasa marah dan hanya mendiamkan diri.
  •          Mendoakan sahabat ketika hidup dan matinya.
  •          Iklas bersahabat zahir dan batin, yakni jangan berubah sikapnya kerana berubah kedudukannya.
  •          Bersahabat bertujuan berkasih kerana Allah dan mengharapkan berkat doa dari sahabatnya.


LARANGAN BERSAHABAT
  •           Orang yang banyak berdusta
  •           Orang yang kurang beribadat
  •           Orang yang kikir
  •           Orang yang penakut
  •           Orang yang fasik

Tuesday 21 June 2011

ADAB DOA

  • Memilih waktu yang mulia(seperti:pada hari Arafah,bulan ramadhan,hari jumaat,tengah malam ke atas ,susudah solat atau dalamnya dan lain-lain)
  • Bersungguh-sungguh minta doa.
  • Mengadap kiblat dan mengangkat tapak tangan ke muka dan disudahi dengan menyapu muka.
  • Merendahkan suara dalam meminta doa.
  • Minta doa dengan hadir hati tidak memberatkan diri untuk mencari ayat-ayat yang indah.
  • Minta doa dengan rendah hati,khusyuk,hina diri dan takut kepada Allah
  • Yakin bahawa doanya diterima Allah.
  • Mengekali meminta doa dan mengulang-ulangi doa kerana Allah kasih pada hamba yang seperti itu.
  • Mula membaca doa dengan memuji Allah seperti Alhamdulillah hirabbilalamin.
  • Adab batin,yakin hendaklah ia taubat sebelum berdoa,mengembalikan hak orang yang dizalimi dan berhadap hati semata-mata pada Allah.

Saturday 18 June 2011

ADAB MAKAN

ADAB SEBELUM MAKAN
  • Pastikan makanan itu halal.
  • Sunat basuh tangan
  • Sunat meletak makanan di atas hamparan
  • Tidak berubah-rubah tempat makan
  • Niat makan agar kuat tubuh badan untuk berbuat ibadat kepada Allah
  • Redha dengan makanan yang ada walaupun tidak lazat
  • Makan berjemaah


ADAB KETIKA MAKAN
  • Mulai dengan bismillah
  • Makan dengan tangan kanan
  • Mulai makan dengan garam dan sudahi dengan garam
  • Kunyah makanan hingga betul-betul lumat
  • Jangan capai suapan kedua selagi tidak menelan yang mula-mula
  • Jangan mencela makanan yang tidak disukai
  • Sunat makan barang yang  dihadapan jangan terus capai lauk yang ditengah,jangan makan roti mula dari tengah.
  • Jangan letak sesuatu atas roti dengan roti sebagai pelapik,tidak mengapa jika di makan bersama
  • Sunat pungut makanan yang jatuh
  • Jangan ditiup makanan yang panas.Tunggu sehingga sejuk
  • Sunat makan kurma dengan bilangan 7 atau 9 atau 11 atau 21
  • Jangan dihimpun buah dengan biji dalam satu bekas seperti kurma belum dimakan dengan bijinya
  • Jangan minum air di pertengahan makan melainkan sangat memerlukan


ADAB SELEPAS MAKAN
  • Berhenti makan sebelum kenyang
  • Sunat menjilat tangan
  • Sunat memungut makanan yang jatuh ketika makan
  • Sunat buang makanan yang lekat pada gigi.Jika dibuang dengan selain lidah sendiri tidak boleh ditelan balik
  • Sunat sapu bekas makan dengan jari telunjuk dan di jilat jari itu
  • Hendaklah ia bersyukur pada Allah atas nikmat makan yang diterimanya
  • Sunat dibaca doa selapas makan.

Thursday 16 June 2011

ADAB SESUDAH SALAM SELEPAS SOLAT JUMAAT


·         Sunat  meniatkan imam bahawa salamnya itu untuk makmum dan segala malaikat yang hadir dalam jemaah itu.Dan sunat makmum meniatkan salamnya menjawab salam imam.
·         Sunat imam duduk sebentar selepas salam mengikut sunnat Rasulullah dan saidina Abu Bakar as sidiq ra.Dan sunat ia solat sunat ditempat yang lain daripada tempat solat fardhu tadi.
·         Hendaklah sesudah salam Imam mengadap mukanya pada makmum atau bahu kiri imam mangadap mihrab dan bahu kanan imam mengadap makmum.
·         Makruh bagi makmum berdiri dahulu daripada bangkit imam dan sunat bagi imam dan makmum bangkit berjalan bagi pihak hajatnya.

ADAB HARI JUMAAT


1.     Buat persedian bermula dari petang khamis dengan banyak berdoa,mengucap dan beristifar.
2.      Sunat mandi kerana waktu jumaat setelah terbit fajar sadiq hingga masuk waktu solat jumaat.
3.      Sunat menghias diri dengan 3 perkara:-
·         Sunat memakai pakaian putih yang suci dan beserban.
·        Sunat melebihkan menyuci badan untuk hilangkan bau busuk,menghilangkan kotoran ,berus gigi,cukur rambut, cukur bulu ari-ari,andam misai,cabut bulu ketiak dan mengerat kuku.
·         Sunat memakai bau-bauan yang terlebih wangi seperti kasturi.
4.      Hendak awal pergi ke masjid menunggu jumaat.Hendaklah hadir ingat kepada Allah sepanjang masa.Tinggalkan semua masalah dan juga urusan termasuk jual beli.
5.      Jangan melangkah bahu orang ketika masuk dalam masjid,kerana sangat makruh dan ada ulama kata haram melainkan jika terdapat ruang kosong di saf yang berhampiran atau imam yang hendak ke mihrab
6.      Haram melintas dihadapan orang sembahyang.
7.      Sunat duduk di saf pertama
8.      Apabila imam naik ke mimbar maka haram orang yang dalam masjid bersembahyang melainkan yang baru masuk ke masjid.Yang baru masuk perlu sembahang dengan kadar segera.
9.      Selesai sembahyang jumaat sunat membaca fatihah 7 kali,qulhuwallah 7 kali,qulauzubirabbilfalaq dan qulauzubirabbinnas 7 kali sebelum berkata-kata.
10.  Sunat duduk dimasjid setelah selesai jumaat hingga ke waktu asar.

ADAB SOLAT JEMAAH

  • Sunat imam meringankan rukuk dan sujud yakni tidak lebih 3 kali tasbih.
  • Makmum tidak boleh mendahului imam dalam rukuk dan sujud.Sebolehnya makmum rukuk setelah imam rukuk dan sujud setelah dahi imam sampai ke lantai.
  • Imam Ghazali ra membahagikan orang yang bersolat jemaah kepada 3 bahagi:
    • Orang yang takbir,rukuk dan sujud sebelum imam-merekalah yang mendapat pahala jemaah seperti 25 kali sembahyang.
    •   Orang yang takbir,rukuk dan sujud bersama imam-mereka hanya mendapat satu pahala.
    • Orang yang takbir,rukuk dan sujud mendahului imam-merekalah yang tidak mendapat apa-apa dalam solatnya.
  • Sunat bagi imam jangan melebihkan doa semasa tahiyat akhir cukup sekadar tahiyat dan selawat atas nabi SAW.
  • Hendaklah imam berdoa untuk semua jemaah bukan sekadar dirinya,seperti ketika membaca qunut subuh.
  • Jangan makmum berdiri seorang diri dalam saf solat untuk menghasilkan jemaah.Jika tiada lagi ruang di saf hadapan sunat ia mengangkat takbir ratul ihram dan menyentuh makmum didepannya agar undur kedalam safnya.Sunat bagi yang disentuh untuk keluar dari safnya bagi membantu makmum dibelakang mendapat pahala jemaah.

ShoutMix chat widget